Langkah Kasih Anak-Anak Yatim 2026
Description
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) terus komited dalam memperkasakan kehidupan anak-anak yatim melalui penganjuran Sambutan Hari Anak-Anak Yatim 2026, yang menghimpunkan pelbagai program kebajikan, pembangunan diri dan penglibatan komuniti.
Sambutan ini bukan sekadar satu acara tahunan, malah merupakan satu platform berterusan dalam usaha memastikan anak-anak yatim mendapat sokongan menyeluruh dari segi pendidikan, kesejahteraan dan masa depan yang lebih terjamin.
Sepanjang tahun, PEYATIM telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk:
• Program perjumpaan berkala bersama anak-anak yatim
• Kelas kemahiran dan pembangunan diri bagi meningkatkan keyakinan serta kebolehan mereka
• Mengenal pasti anak-anak yatim yang cemerlang dalam akademik untuk diberikan tajaan melanjutkan pelajaran
• Program sokongan pendidikan dan pembangunan sahsiah
Selain itu, PEYATIM turut memberi penekanan kepada keperluan asas dengan:
• Mengumpul dana bagi menyediakan tempat tinggal yang selesa
• Menyediakan makanan yang sihat dan mencukupi
• Membekalkan ilmu dan kemahiran kehidupan agar mereka mampu berdikari pada masa hadapan
Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, PEYATIM akan melancarkan dan menganjurkan satu acara utama iaitu Larian Sempena Hari Anak-Anak Yatim, yang dijangka berlangsung di Dataran DBKL.
Larian ini bertujuan:
• Mengumpul dana bagi menyokong program kebajikan PEYATIM
• Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan anak-anak yatim
• Menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti sihat dan bermakna
Daftar sekarang : https://absolutego.my/event/langkah-kasih-2026
