March
25 Friday

Ekspo Usahawan Digital Negeri Perak 2022

Fri, 25/03/2022 - Wed, 06/04/2022 (9:00 AM - 6:00 PM) 
Perkarangan Parkir Mydin Mall Meru Raya, Ipoh

Description

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI EKSPO USAHAWAN DIGITAL NEGERI PERAK 2022,
25 MAC 2022 – 6 APRIL 2022, MYDIN MALL MERU RAYA, IPOH & ONLINE

SERTAI SEGERA pakej kaw-kaw di sini
Usahawan tempatan dijemput untuk menyertai pameran dan jualan secara hybrid (fizikal dan online) sempena RAMADHAN & HARI RAYA SALE
Daftar segera
Fizikal: Perkarangan Parkir Mydin Mall Meru Raya, Ipoh (9.00 pagi – 6.00 petang)
Online: 24 jam

Hub Inovasi & Multimedia, Digital Perak Corporation Holdings dengan kerjasama strategik Sekretariat Usahawan Negeri Perak akan menganjurkan EKSPO USAHAWAN DIGITAL NEGERI PERAK 2022 (PDEX 2022)

Ekspo ini adalah merupakan platform hibrid (fizikal dan online) dan menawarkan manfaat yang tinggi untuk semua usahawan yang menjadi pempamer. Bersama manfaat ini, kami juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti dan promosi seperti di bawah:

Seminar Usahawan @Ekspo Usahawan Digital Negeri Perak dan sebagainya.

Kami percaya dengan inisiatif tambahan seperti di atas, PDEX 2022 sebagai ekspo promosi perdagangan diharap dapat membantu anda sebagai peserta untuk meluaskan rangkaian pemasaran produk dan perkhidmatan anda secara fizikal dan online.

Memandangkan ekspo ini hanya 15 hari lagi dan untuk mengelakkan kekecewaan dalam mendapatkan ruang pameran yang strategik serta untuk menyertai program di atas, kami menggalakkan anda untuk menempah penyertaan anda bersama-sama dengan bayaran sebelum 15 Mac 2022, Selasa kepada Sekretariat PDEX 2022.

Sila hubungi kami di 05-5253981 atau e-mel ke afidah@digitalperak.com.my / tuntija@digitalperak.com.my untuk maklumat lanjut.

Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda dan kami mengalu-alukan anda ke PDEX 2022, 25 Mac 2022 – 6 April 2022 di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh dan secara online.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Event Photo(s)

Event Location Map

Expore exciting events across Malaysia

© 2021 Events In Malaysia. All Rights Reserved.