Pasar Percuma Mega #MBMB15

15/04/2018

15/04/2018

9:30 AM To 11:30 AM

Dataran Bandaraya

Event Description

PASAR PERCUMA MEGA #MBMB15 ANJURAN MBMB & MULTIMEDIA UNIVERSITY MELAKA

 

Hidup ini cukup indah untuk kita… Jika tidak kesemuanya, barangkali sebahagian besar sudah tersedia untuk kita.

 

Namun, ramai daripada ahli komuniti kita yang bergelut saban masa untuk menyediakan sesuap nasi di meja makan. 

 

“Kais pagi ni untuk makan yang sepatutnya dihidangkan petang semalam”

 

Mungkin ini “peribahasa baru” yang sesuai untuk menggambarkan kesukaran yang ditempuhi saban hari oleh saudara –saudara kita. 

 

KITA BOLEH MEMBANTU…

 

Program Pasar Percuma Mega sempena sambutan ulang tahun ke-15 Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya #mbmb15 akan dianjurkan secara bersama oleh MBMB & Multimedia University #mmu pada 15 April 2018 bertempat di Dataran Bandaraya MBMB.

 

Hubungi Linda Nasir ditalian 019-6365050 untuk menyertai program ini. 

 

Sumbangan tidak terhad kepada barangan sahaja. Sumbangan berbentuk wang turut diterima. Sumbangan wang akan digunakan untuk membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula dan gamdum.

 

Jom kita beramai-ramai memeriahkan program ini.

 

Tak dapat join? Takpe. Share je post ni kepada seramai mungkin sahabat. Mana tau sharing anda membawa manfaat kepada mereka.