Kerajaan Negeri Melaka melalui Tourism Melaka telah mengambil inisiatif untuk mengaktifkan semula sektor pelancongan Negeri Melaka dengan melancarkan Kempen Promosi “MELAKAN VISIT MELAKA PACKAGES 2020” sebagai usaha untuk menggalakkan orang Melaka melancong di dalam Negeri Melaka.
Kempen ini telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Utama Hj.Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka pada 8 November 2020 yang lepas.
Kempen ini disediakan khas untuk orang Melaka yang mempunyai kad pengenalan 04 / 30 atau yang beralamat di Melaka di mana orang Melaka sendiri dapat menikmati tempat-tempat tarikan pelancongan dengan kadar diskaun sebanyak 50% berbanding harga biasa yang ditawarkan.
Terdapat 18 pengusaha produk-produk pelancongan yang turut serta dalam kempen ini dan ianya sah sehingga 31 Disember 2020.


